AS Roma akan turun menentang Sassuolo di Stadio Olimpico malam ini dalam perlawanan yang jelas akan memberi impak ke atas aspirasi mereka untuk meraih kejuaraan liga.
Skuad Giallorossi mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjadi juara Serie A namun prestasi semasa mereka adalah sebuah isu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.
Mereka kini berada di posisi ke-4, tujuh mata di belakang Napoli. Salah satu faktor di belakang perbezaan mata yang besar itu adalah dua kekalahan berturut-turut yang dialami oleh Roma.
Juventus menewaskan mereka di saingan Serie A sebelum Roma turut disingkirkan daripada singan Coppa Italia oleh Torino tempoh hari.
Dan malam ini, mereka berdepan dengan pasukan yang sedang mempunyai tahap keyakinan yang cukup tinggi. Sassuolo mempunyai pelbagai masalah untuk diselesaikan namun, dua kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan ke atas Inter Milan telah membantu mereka keluar daripada zon penyingkiran.
Jom saksikan live streaming perlawanan AS Roma vs Sassuolo, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!