Luar Negara

Live Streaming Serie A: Inter Milan vs Lazio

Sebelum bulan Disember tiba, majoriti penyokong Inter cukup positif tentang peluang mereka untuk menjadi juara Seria A musim ini, namun sejak itu, mereka sudah mula bergelut dengan prestasi. Tiga kekalahan berturut-turut kini meletakkan mereka di dalam situasi yang cukup bahaya, jika mereka masih mempunyai aspirasi untuk menjadi juara.

Namun malam ini, Inter akan menerima kunjungan satu lagi pasukan yang jelas mempunyai kebolehan untuk mengalahkan mereka. Berdasarkan apa yang telah kita saksikan setakat ini, Lazio adalah antara pasukan yang paling menarik dari segi corak permainan dan juga kualiti di atas padang.

Lebih lagi, prestasi semasa Lazio juga lebih bagus – mereka berjaya meraih empat kemenangan sepanjang bulan Disember. Jika mereka berjaya memenangi perlawanan malam ini, perbezaan mata di antara Lazio dan Inter akan menjadi satu mata, sekaligus menjadikan Lazio pencabar terbaru untuk kejuaraan liga.

Apa yang pasti adalah perlawanan ini bakal menjanjikan gol. Inter mempunyai Mauro Icardi – antara pemain terbaik di Serie A musim ini, manakala Lazio pula merupakan pasukan yang sering terlibat dalam perlawanan yang mempunyai banyak gol.

Jom saksikan live streaming Inter Milan vs Lazio, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!