Luar Negara

Live Streaming: 3 sebab anda perlu saksikan Fiorentina vs AC Milan

Fiorentina akan turun menjadi pasukan tuan rumah malam ini apabila skuad AC Milan kendalian Gennaro Gattuso berkunjung untuk merebut tiga mata di Stadio Artemio Franchi. Kami ada menyediakan live streaming untuk perlawanan Serie A ini, namun sebelum ini, kami turut ada menyenaraikan tiga sebab untuk anda menyaksikan pertembungan ini!

Misi Bangkit Semula

Walaupun membuat keputusan untuk menggantikan Vincenzo Montella dengan Gennaro Gattuso, Milan masih gagal mencari rentak di Serie A. Isu ini turut lebih serius kerana mereka berbelanja lebih daripada 175 juta euros pada musim panas lepas. Namun, skuad Gattuso sudah mula menunjukkan tanda kebangkitan, terutamanya dengan kemenangan dramatik ke atas Inter Milan dalam saingan Coppa Italia tempoh hari. Dan mereka sudah pasti mahu meneruskan momentum ini dengan satu lagi kemenangan malam ini.

Prestasi semasa Fiorentina

Walaupun Fiorentina tewas di tangan Lazio dalam saingan Coppa Italia, mereka masih belum tewas dalam enam perlawanan terakhir di Serie A. Malah, mereka turut mempunyai skuad yang penuh untuk perlawanan ini, manakala pemain Milan pula sudah tentu masih letih selepas bermain 120 minit menentang Inter tempoh hari. Jadi, Fiorentina bukan sahaja mempunyai kelebihan dari segi prestasi, malah mereka turut mempunyai kelebihan dari segi kecergasan.

Dua pasukan yang perlukan kemenangan

Fiorentina dan Milan adalah dua pasukan gergasi Serie A yang sedikit sebanyak bergelut untuk prestasi musim ini. Milan jelas pasukan yang lebih teruk di posisi ke-11, manakal Fiorentina pula berada di posisi ke-8. Namun, sebelum musim ini bermula kedua-dua pasukan ini dijangka memberi cabaran untuk slot enam pasukan terbaik di Serie A. Jadi perlawanan ini akan menjadi pentas yang penting untuk Milan dan Fiorentina untuk membuktikan kebolehan mereka.

Jom saksikan Live Streaming Fiorentina vs AC Milan, khas dibawakan oleh Sportsfix.tv!