Luar Negara

Live Streaming Serie A: Napoli vs Fiorentina

Napoli mempunyai peluang yang bagus untuk mengambil semula kedudukan pertama di carta Serie A apabile mereka menjadi hos kepada Fiorentina di Naples, malam ini.

Juventus dan Inter hanya berjaya seri 0-0 di Turin semalam, dan keputusan perlawanan tersebut bermakna Napoli boleh memotong mereka di carta liga sekiranya mereka meraih tiga mata menentang Fiorentina.

Namun, dari segi momentum, Fiorentina memang mempunyai sedikit kelebihan. Walaupun mereka berada di kedudukan ke-7, Fiorentina berjaya memenangi tiga perlawanan terakhir mereka, termasuk kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo minggu lepas.

Manakala Napoli pula sudah tewas dua perlawanan berturut-turut. Hujung minggu lepas, mereka tewas 1-0 di tangan Juventus – kekalahan yang membolehkan Inter menjadi pendahulu liga. Selepas itu, mereka turut tewas 2-1 di tangn Feyenoord dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada hari Rabu lepas.

Malah, Napoli juga akan terpaksa bermain tanpa penyerang utama mereka, Lorenzo Insigne malam ini kerana pemain itu masih belum sembuh dari kecederaannya. Bagi Fiorentina pula, mereka tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan dan dijangka bermain dengan skuad terbaik mereka di Naples.

Jika Insigne tidak bermain malam ini, Piotr Zielinski dijangka akan mengemudi bahagian serangan Napoli sekali lagi, selepas dia bermain menentang Feyenoord tempoh hari. Persoalannya adalah, mampukah Zielinski mencetak gol dan membantu Napoli mengambil semula kedudukan teratas dalam Serie A?

Jom saksikan Live Streaming Napoli vs Fiorentina, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!