Luar Negara

Live Streaming Serie A: Juventus vs Inter Milan

Malam ini, Juventus akan turun padang menentang Inter Milan dalam perlawanan yang sudah tentu akan menjanjikan aksi-aksi yang cukup mendebarkan. Jika sejarah di antara kedua-dua pasukan tidak cukup, prestasi semasa yang ditunjukkan oleh Juventus dan Inter Milan bakal menjadi faktor yang akan menarik perhatian jutaan peminat bolasepak Serie A di seluruh dunia.

Inter kini berada di puncak Serie A dengan 39 mata daripada 15 perlawanan, namun Juventus hanya berada dua mata di belakang mereka, di posisi ke-3. Napoli berada di kedudukan ke-2 dengan 38 mata. Jadi, perlawanan ini boleh mempunyai impak yang besar dalam perlumbaan untuk kejuaraan liga.

Namun, perlawanan ini juga cukup mendebarkan kerana setiap kali Juventus dan Inter turun padang, dunia bolasepak seringkali disajikan dengan insiden-insiden yang kontroversial.

Bagi Inter, sudah tentu mereka pasukan yang lebih cergas untuk perlawanan ini kerana Juve beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah hanya beberapa hari lepas. Skuad Spalleti pula tidak beraksi langsung kerana mereka turut tidak berjaya melayakkan diri ke Liga Europa untuk musim ini.

Dan walaupun Inter nampak seperti mereka mempunyai kebolehan untuk menewaskan Juve malam ini, mereka terlalu meletakkan harapan di atas bahu Icardi. Jika skuad Allegri berjaya mengetepikan Icardi malam ini, mereka mungkin mampu menumpulkan bahagian serangan Inter secara keseluruhan.

Jom saksikan live streaming perlawanan ini, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!