Luar Negara

Live Streaming Serie A: AC Milan vs Bologna

Gennaro Gattuso akan berharap untuk meraih tiga mata pertama sejak mengambil alih AC Milan apabila mereka berdepan dengan Bologna malam ini.

Dibawah kendalian Gattuso, Milan masih belum lagi meraih sebarang kemenangan. Minggu lepas, Milan seri 2-2 dengan pasukan tercorot Serie A, Benevento. Beberapa hari lepas itu, mereka tewas 0-2 di tangan Rijeka dalam aksi Liga Europa.

Namun, malam ini, Milan akan berdepan dengan sebuah pasukan yang mempunyai bilangan mata yang sama seperti mereka. Bologna juga hanya mempunyai 21 mata daripada 15 perlawanan setakat ini. Dan mereka juga mempunyai Simone Verdi di bahagian serangan – pemain yang sudah berjaya menjaringkan 4 gol sehingga sekarang.

Milan dijangka menurunkan Suso, Nikola Kalinic dan juga Fabio Borini di bahagian serangan malam ini, manakala Ricardo Montolivo, Frank Kessie dan Bonaventure pula akan bermain di bahagian tengah. Leonardo Bonucci akan menjadi tonggak utama di bahagian pertahanan.

Jom saksikan Live Streaming perlawanan ini, dibawakan khas oleh Sportsfix.TV!