Luar Negara

Live Streaming Serie A: Inter Milan vs AS Roma

Inter Milan akan menjadi hos kepada AS Roma dalam perlawanan Serie A yang bakal memberi impak yang besar terhadap aspirasi kedua-dua pasukan untuk meraih slot Liga Juara-Juara Eropah.

Ini merupakan peluang yang cukup bagus untuk AS Roma menyamakan jumlah mata mereka dengan Inter kerana skuad Nerazzurri kini di kedudukan ke-3 dan berada tiga mata di hadapan Roma.

Namun, Roma mempunyai rekod pertahanan yang lebih bagus daripada Inter setakat ini, dan jelas menjadi pasukan pilihan ramai untuk memenangi perlawanan ini, meskipun mereka tewas 1-2 di tangan Atalanta dalam perlawanan terakhir.

Ini kerana Inter masih sedang bergelut dengan prestasi semasa, dan kini berada sembilan mata di belakang pasukan yang mendahului carta Serie A, Napoli.

Dua faktor yang menyebabkan perlawanan ini cukup menarik adalah prestasi semasa Mauro Icardi dan juga spekulasi berkenaan masa depan dua pemain utama Roma. Icardi sudah menjaringkan 18 gol untuk Inter musim ini dan dijangka menjadi tonggak utama Roma malam ini. Manakala Dzeko pula dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Nainggolan dikatakan telah menerima tawaran yang cukup lumayan dari China.

Jom saksikan Live Streaming Serie A: Inter Milan vs AS Roma