Malaysia Berita

FAM perkenal tujuh peraturan baharu menjelang Piala Malaysia 2019

Saingan Piala Malaysia 2019 akan membuka tirainya pada minggu hadapan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang sibuk memperkenalkan peraturan baharu bagi melancarkan lagi kejohanan tersebut.

Terdapat tujuh peraturan baharu yang diperkenalkan oleh FAM dalam saingan Piala Malaysia yang bakal bermula pada 2 Ogos nanti.

FAM beranggapan pelaksanaan tujuh peraturan baharu ini perlu bagi mengurangkan pembuangan masa.

1. Jaringan Handball

Selepas ini segala hantaran atau pun jaringan yang terkena tangan pemain lain tidak akan dikira. Ia termasuk dengan sengaja atau tidak sengaja pemain tersebut melakukan kesalahan terbabit.

2. Pemain Gantian.

Melalui peraturan lama, pemain yang berada di padang perlu keluar daripada kawasan garis tengah padang sekiranya beliau di ganti.

Melalui peraturan baharu, pemain bebas untuk keluar daripada sisi padang yang paling hampir dengan pemain.

3. Benteng Sepakan Percuma

Sewaktu sepakan percuma, benteng pasukan lawan mestilah berada satu meter daripada jarak pemain yang bakal mengambil sepakan percuma.

4. Jurulatih Boleh Dikenakan Kad

Melalui peraturan baharu yang diperkenalkan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB), jurulatih mahupun pengurus pasukan boleh dikenakan hukuman jika beliau melakukan provokasi yang mengganggu perlawanan.

Mereka berisiko dikenakan kad kuning atau merah oleh pengadil.

5. Bola Terkena Pengadil

Jika sewaktu permainan, bola terkena kaki atau mana-mana anggota badan pengadil yang menghalang daripada bola sampai kepada pemain, ‘drop ball’ akan dilakukan.

6. Penalti

Sewaktu sepakan penalti, penjaga gol dibenarkan untuk meletakkan hanya satu kaki di garisan gol apabila mereka berdepan sepakan penalti.

Berbanding peraturan dahulu yang hanya mewajibkan penjaga gol meletakkan kedua-dua kaki di garisan gol.

7. Sepakan Gol

Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) telah membenarkan agar sepakan gol dihantar kepada rakan terdekat berbanding dahulu yang memerlukan pemain pertahanan untuk berada di luar kotak penalti jika mahu menerima bola.