Luar Negara Berita

Video – Ronaldo akui ketagih…

Cristiano Ronaldo masih ketagih untuk terus melakar kejayaan walaupun selepas meninggalkan Real Madrid pada musim panas lalu bagi menyertai Juventus.

Gelaran Serie A dan Liga Negara-Negara UEFA adalah dua piala terbaharu pemain kelahiran Portugis

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Marca, Ronaldo secara jelas terdesak mahukan kejayaan menjelang musim hadapan.

“Selepas memenangi apa yang saya menang di Madrid, saya memerlukan perubahan dan motivasi baru,” kata Cristiano kepada MARCA.

“Saya masih mempunyai kekuatan untuk terus menang.

“Juventus akan memenangi Liga Juara-Juara, saya tidak tahu sama ada tahun ini atau akan datang, tetapi ia akan datang.”