Luar Negara Berita

Video – Mauricio Pochettino dedah bergelut dengan kekecewaan selepas tewas di tangan Liverpool

Mauricio Pochettino mendedahkan bagaimana beliau bergelut dengan kekecewaan setelah tewas pada aksi final Liga Juara-Juara di antara  Tottenham Hotspur dan Liverpool.

Pochettino telah membimbing Spurs untuk pentas akhir pertama eropah, tetapi gol awal dari Mohamed Salah dan gol di akhir minit perlawanan oleh Divock Origi menyaksikan pasukan kendalian Jurgen Klopp muncul juara di Madrid.

“Ia sangat buruk,” kata Pochettino kepada The London Evening Standard.

“Saya bandingkan dengan musim panas 2002, ketika [Argentina] bermain dengan Sweden dan ditewaskan oleh England di peringkat kumpulan di Piala Dunia dalam masa satu minggu.

“Sebagai pemain dan sebagai pengurus kedua-duanya adalah detik-detik paling buruk dalam kerjaya saya.

“Kami mempunyai tiga minggu paling sukar untuk menyediakan sebelum perlawanan akhir.

“Kami sangat kecewa dengan cara kami tewas.”

Bekas pemain Argentina ini turut mendedahkan bagaimana dia ‘lari’ ke Barcelona untuk menyembunyikan diri.

“Kemudian anda perlu pulang ke rumah, saya mengambil kereta dari Madrid ke Barcelona sehari selepas itu,” katanya.

“Saya menghabiskan 10 hari di rumah saya dan tidak mahu keluar.

“Ya, sukar kerana anda hampir menyentuh piala tersebut.

“Keluarga saya cuba membantu saya, tetapi mereka berada dalam keadaan yang sama seperti saya.”