Melalui satu inisiatif untuk menghargai para penyokong setia, Malaysia Football League (MFL) dalam satu kerjasama dengan Maybank rakan rasmi perbankan Liga Malaysia telah menjalankan satu program ‘VIP Experience’
Bagi memeriahkan lagi suasana pentas final tersebut, MFL telah melakukan pelbagai aktiviti di luar dan di dalam stadium.
Antara aktiviti yang menarik adalah ‘viking clap’ yang berjaya mencatat rekod di Malaysia Books of Record dengan lebih 83,000 penyokong menyertai acara tersebut yang dijalankan sebelum sepak mula.
VIP Experience adalah satu program bagi membolehkan para penyokong yang terpilih merasai sendiri pengalaman di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain daripada menghargai kesetian para penyokong kepada pasukan masing-masing, program ini juga bertujuan untuk memperlihatkan kawasan di sekitar stadium yang jarang dibuka untuk orang ramai.
Program ini melibatkan peminat dari kedua-dua pasukan dengan 14 orang bertuah telah dipilih untuk merasai dengan sendiri suasana final.
Penyokong yang terdiri daripada 2 pemenang Program MFL VIP dan 10 pemenang peraduan Maybank telah di bawa untuk melihat bilik persalinan, kawasan padang dan mereka juga berpeluang untuk menyambut ketibaan para pemain.
Ini bukanlah kali pertama MFL dan Maybank bekerjsama menjalankan program seperti ini.
Pada 20 Julai yang lalu, MFL telah membawa tujuh orang peminat menyaksikan perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC.
Perlawanan yang dijalankan di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos telah memberi peluang kepada para peminat merasai sendiri pengalaman berada di belakang tabir
Mereka juga diberi peluang untuk melawati bilik persalinan JDT, bilik sidang media, kawasan tepi padang serta menyertai “meet and greet” ketika para pemain tiba di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos.
Usaha ini bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan baik di antara badan induk bola sepak dengan peminat, tetapi ia juga adalah salah satu usaha untuk menghargai para penyokong.
Tambahan daripada itu, ini juga tanda terima kasih daripada MFL dan Maybank buat para penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan masing-masing sehingga mereka berjaya layak ke final.
Inisiatif ini patut diteruskan sepanjang musim Liga Malaysia berjalan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri bagaimana sesuatu perlawanan itu dijalankan.