Kashima Antlers menjuarai J1 League 1st Stage 2016 selepas berjaya mencatat kemenangan 2-0 keatas Avispa Fukuoka dalam perlawanan terakhir peringkat pertama petang semalam.
Dengan kemenangan itu membolehkan mereka berada 1 mata dihadapan pencabar terdekat, Kawasaki Frontale yang juga mencatat kemenangan 2-0 keatas Omiya Ardija. 39 mata dari 17 perlawanan sudah cukup untuk memberikan mereka kejuaraan peringkat pertama seterusnya mngesahkan tempat ke saingan J League Championship hujung tahun nanti.
Kawasaki Frontale pula sangat mengharapkan Kashima Antlers untuk hanya mencatat keputusan seri supaya mereka dapat mendakap kejuaraan peringkat pertama itu, namun sebaliknya prestasi Kashima Antlers yang lebih konsisten mengagalkan usaha mereka sejak awal tahun lagi.
Ditempat ketiga pula, Urawa Reds dengan 33 mata selepas 17 perlawanan, menunjukkan penurunan prestasi mereka diperingkat domestik.
3 pasukan tercorot J1 League 2016 peringkat pertama adalah Shonan Bellmare 16 mata, Ventforet Kofu 15 mata dan Avispa Fukuoka 11 mata.
Pemenang kasut emas J1 League 3 tahun berturut-turut, Yoshito Okubo berada dikedudukan kedua senarai penjaring terbanyak dengan 11 gol dibelakang pendahulu, Peter Utaka dari Sanfrecce Hiroshima dengan 13 gol dari 17 perlawanan.
Okubo dalam misi mencipta rekod baru sebagai pemenang kasut emas untuk 4 musim berturut-turut dan beliau dilihat mampu untuk melakukannya.