Luar Negara

Jumlah Wang Yang Diraih Setiap Pasukan Selepas Tamat Peringkat Kumpulan EURO2016

EURO_2016_WALLPAPER1600x900

Selepas tamat semua perlawanan peringkat kumpulan EURO2016, 16 pasukan telah layak ke peringkat kalah mati dan 8 pasukan lagi tersingkir dari kejohanan.

Football Channel Malaysia telah melakukan pengiraan berkenaan berapa jumlah wang yang telah diperolehi oleh 24 pasukan yang bertanding selepas tamat peringkat kumpulan. Untuk makluman, setiap kemenangan peringkat kumpulan, sesebuah pasukan akan menerima wang tunai sebanyak €1,000,000, seri sebanyak €500,000 dan tiada sebarang hadiah diberikan jika pasukan itu kalah.

Berikut merupakan carta pasukan yang menerima hadiah wang tunai paling banyak selepas tamat perlawanan (mengikut kumpulan A-F) peringkat kumpulan EURO2016.

Kumpulan A
Pasukan Menang Seri Kalah Jumlah Wang Diterima
Perancis 2 1 0 €2,500,000
Switzerland 1 2 0 €2,000,000
Albania 1 0 2 €1,000,000
Romania 0 1 1 €500,000
Kumpulan B
Pasukan Menang Seri Kalah Jumlah Wang Diterima
Wales 2 0 1 €2,000,000
England 1 2 0 €2,000,000
Slovakia 1 1 1 €1,500,000
Russia 0 1 2 €500,000
Kumpulan C
Pasukan Menang Seri Kalah Jumlah Wang Diterima
Jerman 2 1 0 €2,500,000
Poland 2 1 0 €2,500,000
Ireland Utara 1 0 2 €1,500,000
Ukraine 0 0 3 0
Kumpulan D
Pasukan Menang Seri Kalah Jumlah Wang Diterima
Croatia 2 1 0 €2,500,000
Sepanyol 2 0 1 €2,000,000
Turki 1 0 2 €1,000,000
Republik Czech 0 1 2 €500,000
Kumpulan E
Pasukan Menang Seri Kalah Jumlah Wang Diterima
Itali 2 0 1 €2,000,000
Belgium 2 0 1 €2,000,000
Ireland 1 1 1 €1,500,000
Sweden 0 1 2 €500,000
Kumpulan F
Pasukan Menang Seri Kalah Jumlah Wang Diterima
Hungary 1 2 0 €2,000,000
Iceland 1 2 0 €2,000,000
Portugal 0 3 0 €1,500,000
Austria 0 1 2 €500,000

Jika dicampurkan dengan jumlah yang diterima oleh setiap pasukan yang layak ke kejohanan EURO2016 iaitu €8,000,000 , pasukan berikut merupakan pasukan yang paling banyak memperolehi “sumber kewangan” dari UEFA.

  1. Croatia – €10,500,000
  2. Jerman – €10,500,000
  3. Poland – €10,500,000

Malang bagi Ukraine kerana pasukan itu tidak menerima sebarang hadiah/bonus selepas gagal meraih walaupun 1 keputusan seri dalam peringkat kumpulan dan mereka merupakan satu-satunya pasukan yang tewas semua 3 perlawanan peringkat kumpulan EURO2016.

Dan 16 pasukan yang telah layak ke peringkat 16 terbaik / pusingan kalah mati, setiap pasukan akan menerima hadiah/bonus sebanyak €1,500,000!