Luar Negara

VIDEO: Kenali bintang baru Arsenal – Kostantinos Mavropanos

Arsenal telah mengumumkan bahawa bintang muda Greece, Konstantinos Mavropanos telah secara rasmi berhijrah menyertai mereka daripada PAS Giannina.

Walaupun pemain ini dikatakan antara pemain muda terbaik di Greece pada ketika ini, kebanyakan penyokong Arsenal agak terkejut apabila pengumuman tersebut dibuat.

Ini kerana Mavropanos hanya mempunyai 16 penampilan Greek Super League di bawah namanya setakat ini dan masih belum pernah membuat sebarang penampilan untuk skuad kebangsaan.

Tetapi, Mavropanos tidak akan diterapkan ke dalam skuad utama Arsenal buat masa sekarang dan spekulasi mengatakan bahawa pemain kelahiran Athens itu akan dipinjamkan keluar untuk menimba pengalaman.

Jika anda salah satu daripada penyokong Arsenal yang terkejut apabila pengumuman ini dibuat, saksikan video di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang corak permainan Mavropanos.