Liga Super Malaysia

“Kedah menang besar!” – Senarai penuh pemenang anugerah di ABK 2017

Pasukan Kedah menjadi pemenang terbesar Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 selepas berjaya merangkul sembilan anugerah malam tadi,

Baddrol Bakthiar mengetuai dominasi mereka di One World Hotel dengan tiga anugerah – Pemain Tengah Terbaik, Penjaring Terbanyak Liga Super (tempatan) dan juga Pemain Paling Bernilai (MVP). Baddrol berjaya menjaringkan 12 gol dalam 33 perlawanan bersama Kedah pada tahun ini, selain membantu pasukannya memenangi Piala FA.

Selain itu, Ifwat Akmal turut dinobat sebagai Penjaga Gol Terbaik untuk musim 2017, manakala Liridon Krasniqi pula dipilih sebagai Pemain Import Terbaik. Liridon turut diberi satu lagi anugerah, iaitu Pemain Paling Popular.

Penyokong Kedah turut diiktiraf sebagai penyokong terbaik untuk 2017 manakala pasukan media Kedah FA diberi Anugerah Media Sosial Terbaik. Secara keseluruhan, pasukan Kedah juga dinobat sebagai pasukan terbaik untuk musim 2017, walaupun mereka hanya mampu meraih posisi ke-4 dalam saingan Liga Super.

Hanya satu pemain daripada Johor DT diberi pengiktirafan malam ini, iaitu Mohammed Ghaddar, yang berjaya menghabiskan 2017 sebagai penjaring terbanyak di Liga Super.

Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah di ABK 2017:

Pemain Paling Bernilai (MVP): Baddrol Bakthiar (Kedah)
Penjaga Gol Terbaik: Ifwat Akmal (Kedah)
Pertahanan Terbaik: Matthew Davies (Pahang)
Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakthiar (Kedah)
Penyerang Terbaik: Shahrel Fikri (PKNP)
Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan (Felda United)
Pemain Import Terbaik: Liridon Krasniqi (Kedah)
Pemain Muda Harapan: Adam Nor Azlin (Selangor)
Pemain Wanita Terbaik: Siti Rohani Saptu (Sarawak)
Penyokong Terbaik: Kedah
Pasukan Terbaik: Kedah

Penjaring Terbanyak Liga Super (Import): Mohammed Ghaddar (JDT)
Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan): Baddrol Bakthiar (Kedah)
Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier (Import): Guilherme de Paula (Kuala Lumpur)
Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier (Tempatan): Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Anugerah Pemain Paling Popular: Liridon Krasniqi (Kedah)
Anugerah RTM Pemain Paling Mesra: N. Thanabalan

Anugerah Fair Play: T-Team FC
Anugerah Komuniti: En. Sunny Shalesh (Pan-Disability Football Malaysia)

Anugerah Laman Web Terbaik: Selangor
Anugerah Media Sosial Terbaik: Kedah

Anugerah Selamat Datang: UKM FC dan FELCRA FC