Luar Negara

Sertai peraduan El Clasico untuk memenangi jersi La Liga kegemaran anda!

Ingin memenangi jersi pasukan kegemaran anda daripada La Liga?

Pihak pengurusan La Liga telah mengumumkan peraduan khas untuk peminat bolasepak Sepanyol di Malaysia dan peraduan tersebut melibatkan perlawanan El Clasico di antara Real Madrid dan Barcelona.

Buat kali pertama dalam sejarah El Clasico, perlawanan gergasi ini akan berlangsung pada jam 1.00 tengah hari waktu Sepanyol, bermakna bahawa penyokong Real Madrid dan Barcelona di Malaysia mampu menyaksikan perlawanan tersebut pada jam 8.00 malam.

Untuk menyertai peraduan tersebut, anda perlu mematuhi beberapa langkah:

Langkah 1: Layaran laman web https://www.laliga.es/en/elclasicomalaysia

Langkah 2: Pastikan anda mengisi borang butiran yang disediakan dalam laman web tersebut

Langkah 3: Anda perlu ‘like’ laman rasmi Facebook La Liga dan komen di Facebook post mereka tentang cara anda merancang untuk menyaksikan perlawanan El Clasico pada malam esok. 

Jika anda tidak mempunyai sebarang rancangan untuk malam esok, La Liga juga turut menjemput anda untuk menyaksikan perlawanan El Clasico di Score, First Avenue Sky Floor, Bandar Utama pada jam 8 malam!

Datang dan alami kemeriahan El Clasico!