Other Editions

Rasmi: FC Barcelona Terima RM1.127 Billion Dari Wakil Neymar

Isu perpindahan keluar bintang FC Barcelona, Neymar Jr. sudah sampai kepenghujungnya apabila pihak kelab telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerima bayaran ‘release clause’ sebanyak RM1.127 billion ( €222 juta) sebagaimana yang ditetapkan.

Memetik kemaskini dari laman web rasmi FC Barcelona, mereka telah menerima lawatan dari wakiil Neymar Jr. dan telah menyerahkan wang seperti mana yang telah termaktub dalam ‘release clause’.

“Pada tengahari Khamis, wakil perundangan Neymar Jr. telah melakukan lawatan secara peribadi ke pejabat kelab dan membuat bayaran sebanyak €222 juta diatas nama Neymar Jr. berkenaan penamatan kontrak diantara kedua belah pihak”

“Dengan ini, pihak kelab akan menghantar semua butiran transaksi dan dokumen kepada UEFA supaya mereka dapat menentukan tanggungjawab disiplin yang mungkin akan timbul selepas ini.”

Neymar yang kini ‘berstatus’ free-agent masih belum memneritahu kemanakah destinasi baru beliau walaupun dikaitkan dengan perpindahan masuk ke kelab gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Info lanjut berkenaan kelab baru Neymar akan dikemaskini dari masa ke masa.