Luar Negara

Video : Barcelona kalahkan Real Madrid dalam pertembungan “El-Clasico Miami”

Barcelona meraih kejuaraan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) selepas melakar kemenangan 3-2 dalam pertembungan El Clasico ke atas musuh tradisi, Real Madrid, di Stadium Hard Rock, awal pagi tadi. Gol daripada Rakitic dan Messi meletakkan Barcelona di depan 2-0 dalam tempoh tujuh minit pertama, namun Mateo Kovacic merapatkan jurang beberapa minit kemudian sebelum Marco Asensio menyamakan kedudukan sembilan minit menuju babak pertama. Gerard Pique kembali meletakkan Barca di depan pada minit ke-50, sekaligus memastikan Real gagal melakar sebarang kemenangan dalam kejohanan itu.