Luar Negara Berita

Alexander Isak: Kenali bintang Dortmund yang bakal jadi pengganti Aubameyang

Semalam, Borussia Dortmund meraih kemenangan 5-0 ke atas Magdeburg dalam saingan Piala German yang menyajikan aksi yang cukup bagus.

Kemenangan tersebut bermakna Dortmund akan mara ke pusingan seterusnya, namun segala berita utama di Germany selepas perlawanan tersebut hanya fokus terhadap pemain terbaik di dalam perlawanan tersebut – Alexander Isak.

Isak? Siapa Alexander Isak? Kalau fikir tentang Borussia Dortmund, sudah tentu semua orang akan teringat kepada Pierre-Emerick Aubameyang – penyerang yang cukup berbisa. Namun, malam semalam, apabila Dortmund dipaksa beraksi tanpa Aubameyang, penyerang muda ini muncul sebagai hero mereka.

Isak menjaringkan satu gol dan berjaya menyumbang satu ‘assist’ malam semalam. Dan dia berharap bahawa barisan kejurulatihan Dortmund akan memberi lebih peluang untuk beraksi bersama skuad utama.

Kredit Foto: Bleacher Report

“Apabila saya menyertai kelab ini, memang agak susah untuk saya mendapatkan peluang beraksi. Namun, hari ini saya diberi peluang dan saya berjaya menggunakan peluang tersebut dengan baik. Harap-harap, saya akan diberi lebih peluang dalam masa akan datang,” kata pemain muda tersebut kepada Ruhr Nachrichten.

Pemain yang berasal dari Sweden itu memulakan kariernya bersama AIK dari tahun 2005 hingga 2016. Pada January 2017, Borussia Dortmund membuat tawaran 9 juta euros dan berjaya membawa penyerang muda itu ke Germany. Malah, Isak dikatakan turut menerima tawaran daripada Real Madrid. Namun, dia memilih untuk menyertai kelab German itu.

Pada mulanya, Isak diterapkan ke dalam skuad pembangunan Dortmund, tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk barisan kejurulatihan Dortmund menyedari bahawa Isak berkebolehan beraksi untuk skuad utama mereka.

Isak membuat penampilan pertama untuk Dortmund pada bulan Mac lalu, apabila dia dibawa masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan Piala German menentang Sportfreunde Lotte. Dia juga menjadi pemain termuda untuk menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan Sweden dalam perlawanan mereka menentang Ivory Coast pada bulan Januari lalu.

Saksikan video di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Alexander Isak. Anda rasa dia berkebolehan menjadi antara penyerang terbaik di Eropah pada masa akan datang?