Luar Negara

Perlawanan Ditunda Akibat 3 Letupan Berhampiran Bas Borrusia Dortmund

Menurut Polis Dortmund, terdapat 3 letupan berhampiran bas pasukan Borrusia Dortmund telah mengakibatkan seorang pemain, Marc Bartra dibawa ke hospital kerana cedera selepas terkena serpihan cermin bas.

Borussia Dortmund melalui Twitter mengesahkan perlawanan akan ditunda sehingga 6:45 petang, 12 April 2017 CET ( Malaysia: 13 April 2017, 12:45 pagi). Tiket yang sama masih boleh digunakan.

 

Sehingga artikel ini ditulis, semua penonton diminta supaya tidak keluar dari stadium untuk mengelakkan sebarang isu lain yang mungkin timbul.

Menurut laporan, ibu Marc Bartra memberitahu beliau selamat dan mengalami beberapa luka dibahagian tangan.

Perkembangan lanjut mengenai kejadian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.