Ramai yang terkejut seolah tidak percaya, India, berada dikedudukan 101 FIFA Ranking dan ke 11 Asia, selepas kemaskini terbaru pada 6 April lalu.
Kami tidak begitu terkesan dengan berita ini kerana telah dapat membaca apa yang berlaku dibelakang tabir. Ia bukan sahaja berlaku kepada pasukan India, malah pernah ‘digunakan’ juga oleh beberapa pasukan dari Eropah seperti Wales, Belgium, Romania, Switzerland dan lain lain lagi.
‘Point’ penting kepada perkara ini bukanlah hanya bergantung kepada keputusan dan prestasi pasukan diatas padang atau ‘on-field’, tetapi ada ‘seseorang’ yang berjaya mengesan cara bagaimana untuk memanipulasikan sistem FIFA Ranking yang digunapakai sekarang. Orang ini merupakan seorang ‘Data Analyst’ secara umum atau ‘Ranking Consultant’ secara lebih tepat.
Gambar diatas menunjukkan pergerakkan FIFA Ranking pasukan India dalam tempoh 2 tahun.
Apa tugas ‘Ranking Consultant’?
Kebiasaannya, pihak persatuan bola sepak sesebuah negara akan ‘recce’ mereka ini apabila memerlukan bantuan ‘off-field’ bagi menaikkan FIFA Ranking. Kebanyakkan misi adalah untuk menempatkan pasukan negara masing-masing dikedudukan yang tinggi terutamanya menjelang kejohanan-kejohanan besar, supaya berada dalam pot undian yang terbaik. Logiknya, mereka tidak mahu bertembung dengan negara-negara yang kuat.
Mereka akan memberikan data serta justifikasi berkenaan lawan yang perlu dihadapi atau bila pasukan tidak perlu bermain sebarang perlawanan untuk ‘boost’ ranking. Ia akan berbeza mengikut keadaan ranking semasa dan prestasi pasukan yang berkenaan, tidak akan sama.
‘Ranking Consultant’ ini kebanyakkan bergerak secara ‘underground’ dan mereka mempunyai ‘contact’ dengan orang-orang tertinggi persatuan bola sepak pada kebiasaannya.
Apa yang India telah buat sebenarnya?
Berbalik kepada India, Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), memang mempunyai konsultan untuk mencapai ‘+31 boost’ ini.
Sebagai rekod, berdasarkan laman web FIFA, India tidak mengadakan sebarang perlawanan bagi pasukan kebangsaan sejak menang 4-1 keatas Puerto Rico pada 3 September 2016, sehingga perlawanan persahabatan bertemu Kemboja pada 23 Mac 2017, India menang 3-2.
‘Gap’ ini sengaja dibiarkan selepas mendapat konsultasi, supaya India tidak akan kehilangan mata dan ranking dan pada masa yang sama jumlah mata yang dibawa dalam pengiraan semasa membantu mereka untuk mendapatkan ‘boost’ ini. Perkara ini adalah satu ‘loophole’ dalam sistem FIFA Ranking tetapi mungkin ada yang kurang ‘terdedah’ kerana jahil untuk melihat data dan statistik mampu membantu pasukan.
Dalam kes pasukan India ini, mereka telah membuat pengiraan rapi apakah ada keperluan untuk mereka mengatur perlawanan atau tidak. Jika ya, dengan pasukan mana dan bilakah ‘timing’ yang tepat. Jika tidak, apa justifikasi dari perspektif ranking.
Dan berdasarkan ‘pengiraan’ itu, mereka mengenalpasti adalah tidak berbaloi untuk bermain sebarang perlawanan perlawanan kelas A kerana risiko ranking akan jatuh lebih tinggi.
Perkara ini dikenali dengan ‘adverse effects of older matches to be neutralised’ sebelum mengaturkan perlawanan seterusnya. Ini adalah faktor ‘off-field’ dari perspektif manipulasi sistem ranking.
Adakah prestasi dalam padang tidak penting lagi sebenarnya?
Prestasi dan keputusan sesebuah perlawanan itu cukup penting tanpa mengira perkara lain-lain. Tiada pengecualian.Manipulasi diatas adalah cuma satu cara bagaimana untuk mendapatkan ‘boost’ tambahan kepada prestasi dan keputusan perlawanan.
India, dari rekod 13 perlawanan antarabangsa terkini, mereka telah berjaya menang 11 kali, tewas 2 kali kepada Iran dan Turkmenistan dalam kelayakan Piala Dunia Russia 2019.
Rumusan
Prestasi dan keupayaan pasukan kebangsaan masih lagi menjadi keutamaan dan tiada alasan untuk perkara ini. ‘On-field performance’ adalah indikator sebenar kekuatan sesebuah pasukan dan bukan berdasarkan kedudukan ranking semata-mata.
‘Off-field factor’ seperti manipulasi sistem ranking dan sebagainya ini pula merupakan suatu ‘bonus’ jika wujudnya kesedaran dalam sesebuah persatuan bola sepak negara.
Kami tidak tahu samada Persatuan Bola Sepak Malaysia mempunyai konsultan seperti ini untuk membantu memberikan ‘insight’ kepada pasukan negara, jika tidak ada, boleh cuba ‘recce’ bila dirasakan perlu.
Artikel ini sekadar menceritakan ‘case study’ pasukan India sahaja dan banyak lagi ‘insight’ yang tidak didedahkan kerana ianya bergantung kepada situasi keadaan sesebuah pasukan. Lain pasukan lain caranya.
Nota: Jika Argentina menewaskan Bolivia baru-baru ini, India akan berada di ranking 97 dunia! Namun sebaliknya belaku.