Berita

Gergasi Elektronik Jepun, ROHM-Wako Bakal Menaja Kelantan

Pengeluar komponen elektronik terkenal dari Jepun, ROHM-Wako, dikhabarkan bakal memberikan penajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Pengarah Jualan & Pemasaran Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada melalui kemaskini laman sosial Facebook, menyatakan pihak ROHM-Wako telah bersetuju untuk berkerjasama untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan dalam masa terdekat.

Menurut beliau lagi, pengarah urusan ROHM-Wako Malaysia akhirnya telah berjaya menerima lampu hijau dari HQ ROHM-Wako Jepun untuk meluluskan penajaan kepada pasukan Kelantan.

Difahamkan, ini adalah merupakan salah satu inisiatif beliau untuk menghubungkan syarikat-syarikat Jepun untuk bekerjasama dalam bidang sukan di Malaysia.

Syarikat-syarikat Jepun sudah memang lama terkenal dalam membantu membangunkan bidang sukan dinegara mereka dan juga diluar negara. Sokongan melalui penajaan sebegini amat diperlukan oleh oleh pasukan-pasukan bola sepak Malaysia tanpa perlu mengharapkan ihsan dari pihak kerajaan.

ROHM-Wako merupakan kilang terbesar di Kelantan telah beroperasi selama 30 tahun dengan kapasiti hampir 2000 pekerja, baru-baru ini juga mengumumkan pelaburan baru berjumlah RM600 juta bagi membesarkan operasi mereka yang berpangkalan di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.