Kolum Luar Negara

Tribe Nostalgia: Alen Boksic, penyerang yang berfungsi sebagai perancang

Saya sering didedahkan dengan tipu-helah pelbagai jenis pemain bola sepak, termasuk pemain yang sering menjelaskan peranannya menerusi apa yang dilihat. Sebagai contoh, pemain pertahanan yang tidak bertahan sepanjang masa tetapi bertindak selaku pemain sayap yang kebiasaannya beraksi lebih mendalam, atau pemain tengah yang jarang menampilkan aksi kreatif dalam setiap pergerakan.

Sebab itu, saya teruja dengan Alen Boksic, penyerang yang tidak menyerang seperti seorang penyerang yang biasa. Boksic memiliki kebolehan yang diimpikan oleh setiap peledak seperti kelajuan, teknik, kekuatan dan ketajaman. Bagaimanapun, dalam kariernya dia mencatatkan kurang daripada satu gol dalam tiga perlawanan. Mengapa? Ketika dia beraksi di Serie A, benteng di Itali dikenali dengan permainan yang keras. Dia bagaimanapun masih menjadi versi kontemporari daripada Gabriel Batistuta dan Beppe Signori, dua nama yang mencuri perhatian setiap minggu. Kegagalannya meletakkan nama dalam senarai penjaring membuatkannya kurang menonjol.

Bagaimanapun, cuba kita lihat semula. Batistuta dan Signori telah meletakkan diri mereka dalam satu kelas yang berbeza kerana kedua-duanya dikenali dengan percubaan jarak jauh, sesuatu yang tidak dimiliki oleh Boksic. Dia terpaksa memecah masuk untuk menembusi setiap benteng di Serie A seperti semua pemain normal lain lakukan. Boksic sering melakukannya menerusi ruang yang terbuka. Ketika musim awalnya bersama Lazio bersama Signori di sana, dia sering tampil di bahagian tepi, sekaligus membuatkannya terpaksa menanggung satu tanggungjawab yang lebih besar.

Sewaktu menyaksikan aksi Boksic, saya mula menghargai maksud sebenar pemain yang beraksi di bahagian depan dan bukan sekadar seorang penyerang. Sukar untuk mengimbanginya. Ketika itu, pemain sayap tidak begitu diharapkan untuk mencipta jaringan dan penyerang tidak dijangka untuk mencipta peluang buat pemain lain. Sebab itu Boksic disifatkan sebagai seorang pemain istimewa. Secara tidak langsung, dia mengingatkan saya kepada seorang bekas bintang Croatia, Zvonimir Boban. Boban bukan pemain dengan peranan nombor 10 atau pemain tengah seperti kebiasaannya. Dia tidak mencipta begitu banyak peluang dan tidak melakukan banyak halangan. Bagaimanapun, Boban tetap nadi utama sewaktu AC Milan dinobatkan juara Liga Juara-Juara Eropah pada 1994, sama seperti Boksic apabila meraih takhta liga Serie A bersama Juventus dan Lazio.

Semestinya memerlukan sifat tidak mementingkan diri untuk beraksi seperti Boksic. Dia sentiasa akan peranan kedua yang dipegang, terutama buat Davor Suker ketika menyarung jersi Croatia dan juga pembantu Alessandro Del Piero di Juventus. Sebagai peminat Manchester United, saya masih ingat sewaktu di hujung 90 an, dimana United tewas 1-0 ketika itu. Boksic ketika itu menjadi nadi utama buat pasukan, apabila menembusi barisan empat pertahanan, mencipta gol dan kembali ke Turin untuk melalui 90 minit yang seterusnya. Ketika itu, Boksic adalah lambang kepada kesempurnaan Juve, pemain yang tidak pernah menyumbat jaringan tetap menghadirkan perbezaan.

Bagaimanapun, dia melangkah keluar meninggalkan kesan untuk membuatkan semua orang mengingatinya. Antara detik yang diingati adalah sewaktu percubaannya menentang Sampdoria ketika mewakili Lazio pada musim 1997/98. 40 ela dari pintu gol, dia melencongkan bola melepasi seorang benteng sebelum mengatasi seorang lagi pemain. Kemudian, dia memasuki ke kawasan tengah dan melambungkan bola yang perlahan-lahan melepasi kepala penjaga gol yang kemudian melihatnya dan menepuk tangan.

Detik itu menceritakan segala-galanya tentang Boksic. Pada saya, ia juga mengingatkan kepada Gerson, perancang Brazil yang sering turun ke bawah pada Piala Dunia 1970. Dia mengorbankan daya kreativitinya untuk membuatkan barisan depan lebih berkembang. Jika melihat kepada koleksi trofi yang dimiliki, ia membuktikan berbaloi segala usahanya. Dalam masa sama, dia juga mengesahkan statusnya sebagai penyerang yang dalam erti kata lain, mengikuti taktikal secara progresif, sama seperti apa yang dilakukan pada hari ini oleh Leroy Sane, Anthony Martial dan ramai lagi.

Oleh Musa Okwonga
(www.tifofootball.com)