Luar Negara Berita

Kangaroo kena baham dengan Harimau

Skuad bawah 18 tahun (B-18) negara berjaya menewaskan Australia pada aksi Kumpulan B, Piala Next Media 2019 AFF B-18 yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam.

Skuad kendalian Brad Maloney sebelum ini berjaya menewaskan Singapura, 3-1 dan Kemboja, 3-0 dalam aksi yang sama.

Pada aksi keempat Kumpulan B, skuad negara turun dengan misi mencatat kemenangan ketiga pada kejohanan ini dan ianya tidak mengecewakan apabila skuad muda negara memperoleh tiga jaringan – ketiga-tiga gol dijaringkan pada separuh masa pertama.

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, 13 August 2019

Luqman Hakim Shamsudin mencatat nama selaku penjaring buat negara pada minit ke- 17’ dan 39’ manakala Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-27’.

Kemenangan ini membuka peluang kepada skuad negara untuk layak ke pusingan seterusnya selepas tewas pada perlawanan pembukaan menentang tuan rumah, Vietnam.

Tambah pula kemenangan inii akan menyuntik semangat skuad negara apabila dijadualkan bertemu Thailand pada 15 Ogos nanti.