Luar Negara Berita

Ozil dan Kolasinac tersekat di tengah-tengah perang

Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak dapat beraksi sewaktu kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Newcastle disebabkan tersekat di tengah-tengah perang di antara puak.

Kedua-dua pemain Gunners sebelum ini diserang oleh pencuri yang menggunakan senjata pisau beberapa minggu yang lalu dan kelab mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai perlawanan pertama disebabkan faktor keselamatan.

Dalam satu laporan The Sun, terdapat satu cubaan untuk menakut-nakutkan suspek bagi mengelak daripada serangan lanjut, tetapi ianya berakhir dengan ancaman yang terarah terus kepada pemain Arsenal.

Dua lelaki telah ditangkap minggu lalu kerana mengintip di luar rumah Ozil.