Kolum

Dua seteru Inggeris bertemu di pentas Eropah

Jurgen Klopp semestinya mahu pasukan kendaliannya memenangi trofi apabila mereka dalam perjalanan ke Istanbul bagi menghadapi Chelsea pada pertemuan akhir UEFA Super Cup, awal pagi Khamis nanti.

Fokus pastinya terarah kepada pertemuan ini yang bakal menentukan juara Inggeris di pentas Eropah.

Selain daripada itu, Stepahanie Frappart juga bakal mendapat ‘spotlight’ yang lebih apabila dinamakan sebagai pengadil wanita pertama bagi pentas kejuaraan Eropah yang menemukan dua jogaan Eropah.

Kehilangan Allisson

Selepas tewas dengan Manchester City pada aksi Perisai Komuniti, Liverpool memulakan kempen liga dengan kemenangan 4-1 menentang Norwich.

Walau bagaimanapun, kemenangan yang dicatat skuad Jurgen Klopp memerlukan pengorbanan apabila mereka kehilangan Alisson Becker, penjaga gol utama Reds.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan tepat pada ketika ini, dia akan kembali tetapi tidak pada hari Rabu [awal pagi Khamis] ini, jadi sekarang kita perlu lihat. Ia mengambil masa yang lama, memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih dan kita perlu lihat, “katanya kepada laman web kelab itu.

Chelsea terasa goyah

Chelsea mengesahkan tempat mereka dalam kejohanan ini apabila berjaya menundukkan Arsenal dalam final Liga Europa musim lalu, tetapi sejak itu banyak yang mula berubah.

Mereka kehilangan pemain terbaik mereka, Eden Hazard yang memilih untuk menyarung jersi Real Madrid pada musim ini.

Manakala Maurizio Sarri pula memilih untuk beralih ke Itali dengan mengemudi Juventus dan tempatnya diganti dengan Frank Lampard yang sebelum ini mengendali Derby di Liga Kejuaraan.

Kekalahan pertama di tangan United pada Ahad dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris nyata memberi reaksi kurang senang buat peminat Chelsea.

Mereka mula menanam perasaan syak wasangka terhadap pengendali Blues, Frank Lampard ; adakah beliau watak yang betul untuk membawa Chelsea menjadi salah satu kuasa besar bola sepak Eropah atau sebaliknya.

Tetapi Lampard dengan optimis menyatakan bahawa skuadnya sedang menyesuaikan diri dengan semua perkara.

Tambahan pula, sekatan perpindahan pemain yang dikenakan FIFA terhadap Chelsea sedikit sebanyak merencatkan usaha Lampard untuk menguatkan pasukan.