Kolum

Real Madrid vs Barcelona – Perang perebutan pemain

Barcelona dan Real Madrid dilihat bakal bertarung untuk membawa masuk Neymar dan perlu diingat, ini bukanlah kali pertama kedua-dua kelab bertarung untuk membawa masuk pemain bagi memperkuatkan pasukan masing-masing.

1. Neymar

Real Madrid dan Barcelona akan berhadapan perang dingin dalam merebut khidmat bintang Brazil, Neymar.

Pada 2011, Real Madrid hampir pasti membawa Neymar ke Bernabeu apabila Florentina Perez dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan penyerang tersebut dan beliau akan menyertai Los Blancos selepas Olimpik 2012 di Londo.

Tetapi apakan daya, kelab Catalan berjaya memperanguhi Neymar untuk menyertai mereka dan selebihnya adalah sejarah.

2. David Beckham.

Musim panas 2003 menyaksikan perpisahan di antara David Beckham dan Manchester United.

Real Madrid dan Barcelona dilaporkan berminat untuk membawa masuk pemain kebangsaan England tersebut, tetapi disebabkan beberapa masalah yang dihadapi Barcelona, musuh mereka, Los Blancos telah berjaya mencapai persetujuan dengan Beckham.

3. Christian Karembeu

Bekas pemain Sampdoria telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Real Madrid. Tetapi diakhirnya, beliau memilih untuk menyertai Real Madrid setelah presiden kelab, Lorenzo Sanz, menerima tawaran daripada Los Blancos.

4. Dani Ceballos

Selepas prestasi yang baik di kejohanan Eropah Bawah-21 tahun, Dani Ceballos mempunyai pilihan di atas meja – menyertai Real Madrid ataupun Barcelona.

Dalam laporan Marca, Barcelona dilaporkan telah membuang banyak masa dalam cuba membawa beliau ke Barcelona kerana diakhirnya, Los Blancos menjadi kelab pilihannya.

Tetapi malang buat beliau apabila terpaksa berjuang untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama Zidane sehingga dipinjamkan kepada Arsenal.

5. David Villa

David Villa berjaya memberi persembahan yang meyakinkan sepanjang beliau di Valencia, tetapi dengan keadaan kewangan yang kurang memuaskan telah memaksa kelab tersebut membuka peluang kepada kelab lain untuk membeli beliau.

Maka berlakukan pertarungan di antara Real Madrid dan Barcelona. Los Blancos dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Villa, namun beliau akhirnya memilih untuk menyertai Barcelona.

6. Lain-lain.

Marco Asensio, Andre Gomes, Dani Alves, Danilo, Takefusa Kubo dan ramai lagi pemain telah dikaitkan dengan kedua-dua kelab gergasi Sepanyol ini dan cerita yang dilaporkan mengenai Neymar bukanlah cerita pertama yang terperangkap di antara kedua-dua pesaing ini dan dia semestinya bukan pemain terakhir yang menjadi rebutan kedua-dua kelab.