Luar Negara Berita

PSG sudah muak dengan Neymar?

Pemergian Neymar dari Paris Saint-Germain semakin kuat berkencang dari sebelumnya apabila juara Ligue 1 dilaporkan telah menghentikan jualan baju bintang kelahiran Brazil.

Sebaliknya, baju bintang Perancis, Kylian Mbappe jelas dipapar di setiap ruang kedai terbabit.

Menurut satu laporan daripada wartawan UOL Esporte, Joao Henrique Marques telah merakam satu video ketika mana beliau berkunjung ke PSG dan menjengah ke kedai cenderahati yang menjual kelengkapan kelab.

Apa yang mengejutkan beliau adalah tidak ada satu pun jersi yang memaparkan nama Neymar berada di kedai tersebut.

Dalam rakaman tersebut juga menunjukkan, hanya terdapat satu tempat di mana muka Neymar berada, iaitu di bahagian jualan kasut bola.

Terbaharu, penyokong PSG telah melaungkan lagu anti Neymar pada aksi pembukaan Ligue 1 ketika mereka menentang Nimes, Ahad lalu.