Luar Negara Berita

Takefusa Kubo tersekat di antara dua nasib berbeza

Lima hari lagi sebelum La Liga membuka tirainya dan Real Madrid masih belum menyelesaikan isu yang berlegar di sekitar skuad utama beliau.

Persoalan yang timbul di dada kota Sepanyol buat masa sekarang adalah ; apakah Zidande bakal menamakan bintang muda Jepun, Takefusa Kubo bersama-sama skuad utama atau beliau akan bermain di bawah kendalian Raul Gonzalez di Castilla.

Aksi persahabatan serta pemanas badan telah pun tamat dan Real Madrid sedang mempersiapkan skuad mereka untuk bertemu Celta Vigo pada perlawanan pembukaan nanti.

Namun, nasib bintang kelahiran Jepun, Kubo masih lagi samar dan ianya dilihat tersekat diantara dua nasib yang berbeza.

Biarpun Kubo telah berjaya menyerlah kemampuan beliau sewaktu aksi pra musim di US, tetapi Zidane memilih untuk meninggalkan beliau sewaktu perjalanan ke Austria dan Rome.

Manakala sewaktu skuad utama Zidane turun menentang Red Bull Salzburg, pemain berusia 18 tahun itu telah dipanggil membarisi skuad Castilla ketika perlawanan menentang Alcorcon pada hujung minggu lalu.

Manakala sewaktu Madrid turun menentang Rome, Kubo dilaporkan telah menghabiskan masa di kem latihan Madrid.

Bagi pengurusan Real Madrid, Kubo tidak mungkin akan dikeluarkan secara pinjaman dalam misi mencari pengalaman.

Ini kerana mereka percaya dengan kemampuan bintang muda tersebut jika beliau terus berlatih bersama-sama skuad utama tetapi bermain untuk pasukan Castilla.