Malaysia Berita

Suntikan dana buat NFDP

Peruntukan bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dinaikkan sebanyak tiga kali ganda seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tuan Liam Guan Eng pada sesi pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat jumaat lepas.

RM 45 juta akan diperuntukkan buat NFDP bagi memperkasa dan melahirkan lebih ramai bakat baru di Malaysia. Sebelum ini NFDP hanya menerima peruntukan bernilai 15 juta pada tahun 2019.

Kenaikkan tiga kali ganda ini pastinya memberi gambaran yang jelas bahawa Kerajaan begitu serius dalam mengetengahkan bakat bola sepak daripada peringkat umbi serta berharap dapat melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti seperti Luqman Hakim Shamsuddin yang bakal berkelana bersama kelab di eropah.

Secara sejarahnya, NFDP telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan ianya merangkumi dua fasa iaitu 2014-2020 dan 2021-2030. NFDP juga mempunyai lima cabang pusat bermula dengan Akademi Tunas, Pusat Latihan Daerah, Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Malaysia, dan Akademi Mokhtar Dahari. 

Akademi Mokhtar Dahari (AMD) merupakan skuad elit di dalam NFDP. 20 pemain dari AMD telah dipanggil untuk mewakili Malaysia B-15 bagi saingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020.