Kolum

Calon-calon bagi separuh akhir Piala Malaysia 2019, adalah…

Piala Malaysia bakal menjengah lagi minggu ini dengan perlawanan ketiga bakal dimainkan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Terdapat dua perlawanan pada hari Jumaat di mana PKNS FC bertemu juara Piala FA musim ini, Kedah FA dan PKNP dijadualkan bertemu juara Liga Super kali keenam, Johor Darul Ta’zim.

Manakala Pahang bakal bertemu Sabah keesokan harinya, Terengganu bakal turun menentang Negeri Sembilan, Felda menerima kunjungan Melaka United dan naib juara Piala FA 2019, Perak bakal menyambut kedatangan Penang FA.

Bagi PJ City dan UiTM, mereka akan membuat perhitungan pada Ahad ini bersama-sama dengan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor yang turun menentang PDRM.

Johor Darul Ta’zim

Juara enam kali Liga Super, semestinya calon juara Piala Malaysia musim ini dan semestinya calon untuk layak ke separuh akhir.

Dengan skuad yang berkualiti, JDT mempunyai ciri-ciri calon juara yang sukar digugat. Kelebihan skuad sedia ada yang sering mempamerkan aksi yang meyakinkan menjadikan mereka antara lawan yang sukar digugat.

Daripada barisahan dapat sehinggalah membawa ke belakang – penyerang sehingga ke pertahanan. JDT tidak menampakkan apa-apa lopong yang mampu menggugat perjalanan mereka.

Pasukan yang mahu menewaskan mereka perlu memberi 200% untuk menang. Tambahan pula jika bermain di Larkin.

Selangor FA

Tidak sah sekiranya juara 33 kali Piala Malaysia ini tidak berada di dalam senarai akhir pasukan yang bakal mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Biarpun skuad kendalian B Sathianathan lambat panas pada aksi liga musim ini, tetapi rekod mereka menamatkan musim ini di tangga ketiga Liga Super mesti diberi perhatian lebih.

Selangor FA mampu mengejutkan pasukan-pasukan lain jika mereka tidak memandang serius dengan cabaran yang bakal diberi oleh The Red Giants.

Kedah FA

Aidil Sharin Sahak jelas menunjukkan bahawa beliau adalah kunci kepada kejayaan Kedah musim ini dan ia berjaya melakukannya pada musim pertama beliau di Liga Malaysia.

Rekod baik dengan Kedah dapat dilihat apabila beliau berjaya menamatkan aksi liga dikedudukan lima terbaik, malah lebih baik berbanding tempat keenam musim 2018.

Hadir dengan tanda juara Piala FA 2019 tersemat didada, Kedah bukanlah pasukan yang boleh dipandang enteng.

Pahang atau Perak.

Satu pasukan mempunyai rekod yang baik pada aksi Liga Super manakala satu lagi pasukan mempunyai rekod yang baik dalam kejohanan.

Pasukan yang bertapak di Pantai Timur tanah air hadir sebagai naib juara Liga Super musim ini manakala pasukan yang bertapak di Utara tanah air hadir sebagai naib juara Piala FA 2019.

Kedua-dua pasukan ini mampu untuk memberi kejutan pada aksi Piala Malaysia musim ini.