Berita

Bekas Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Ricardo Formosinho, Sertai Mourinho Di Manchester United

image

Pengurus Manchester United yang baru dilantik, Jose Mourinho, melantik Ricardo Formosinho sebagai salah seorang kakitangannya hari ini dan ditugaskan sebagai “scout” baru di Olf Trafford.

Ricardo Formosinho dan Jose Mourinho pernah bekerja bersama-sama ketika era Mourinho di FC Porto musim 2003/2004 dan Real Madrid.

Bersama Kuala Lumpur, Ricardo Formosinho hanya bertahan selama 3 bulan sahaja dan ditamatkan kontrak disebabkan prestasi kurang memberangsangkan pasukan The City Boy. Beliau akan menyertai Manchester United bersama dengan Rui Faria and Silvinho Louro, dan diberikan tugas sebagai “tactical scout” dan juga mencari pemain lain yang berpotensi untuk skuad Manchester United.