Berita

Malaysia Layak Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019

13350315_990166237746807_8573712282411354693_o

Selepas mencatat kemenangan 6-0 secara agregat keatas Timor Leste, Malaysia mengesahkan tempat ke saingan akhir kelayakan Piala Asia 2019.

5 pasukan yang menang dalam perlawanan play-off 1 ini akan layak ke pusingan akhir kelayakan manakala bagi pasukan yang tewas, akan menghadapi play-off 2, bagi melengkapkan 3 lagi pasukan ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019.

Dari 5 perlawanan Play-Off 1, Malaysia merupakan pasukan pertama melangkah ke saingan akhir kelayakan dimana 4 lagi pasukan akan ditentukan dalam perlawanan yang akan berlangsung hari ini.

Pusingan Akhir Kelayakan / 3rd Round Qualifiers

Menanti pada pusingan ini adalah 16 pasukan yang terdiri dari:

  • 4 pasukan runners up yang tidak layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 – Jordan, Lebanon, Oman, North Korea.
  • 8 pasukan tempat ke 3 terbaik – Hong Kong, Filipina, Palestin, Singapura, Vietnam, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Kuwait*.
  • 4 pasukan ke 4 terbaik – Afganistan, Bahrain, Guam, Myanmar.

wc mas

16 pasukan ini akan disertai 5 pasukan dari pemenang Play-Off 1 (termasuk Malaysia) dan 3 pasukan dari Play-Off 2, melengkapkan senarai 24 pasukan yang akan merebut 12 lagi tempat pada Piala Asia 2019 nanti.

24 pasukan ini akan dibahagikan kepada 6 kumpulan – 4 pasukan setiap kumpulan, dan hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke Piala Asia 2019.

Kejohanan Piala Asia 2019

12976736_10153613563167333_6143120189405891865_o (1)

12 pasukan yang layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia, layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2019.

Pasukan-pasukan yang layak secara automatik adalah:

  • Australia
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • China
  • Thailand
  • UAE
  • Arab Saudi
  • Qatar
  • Uzbekistan
  • Syria
  • Iraq
  • Iran

Inilah laluan pasukan Malaysia, jika mahu beraksi dalam pentas Piala Asia 2019.