Berita

Dan Petrescu Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Jiangsu Suning FC

511825148

Kelab Chinese Super League (CSL), Jiangsu Suning FC dalam kenyataan rasmi  mengesahkan pengurus pasukan mereka, Dan Petrescu telah meletakkan jawatannya semalam.

Pihak pengurusan kelab talah melantik Tang Jin sebagai pengendali sementara sebelum pengurus baru dikenal pasti.

2016-06-07_14-04-21

Dalam 3 perlawanan terakhir, Jiangsu Suning FC tidak berjaya mencatat sebarang kemenangan serta prestasi yang tidak konsisten musim ini yang mengakibatkan mereka ketinggalan 6 mata kepada pendahulu liga, Guangzhou Evergrande. Ini dikatakan sebab utama pengendali dari Romania itu meletak jawatan.

Ada juga ura-ura menyatakan, Jiangsu Suning FC sedang mendekati bekas pengurus pasukan Italy, Cesare Prandelli, yang kini masih tidak mengendalikan mana-mana pasukan sejak dibuang oleh Galatasaray selepas aksi longlai dalam kejohanan peringkat eropah pada 2014.