Berita

Buriram United Jana Lebih RM546,404 Dalam 2 Hari Hasil Jualan Jersi Ketiga

1532079_517021768417770_114255591_o

Kelab tersohor Thailand, Buriram United sekali lagi melakukan promosi jualan jersi tetapi kali ini hanya untuk jersi ketiga mereka yang berwarna Pink!

Sabtu lalu, Buriram United melancarkan promosi ini dan dalam masa 2 hari sahaja lebih 8,500 helai jersi terjual di 4 buah kedai jualan rasmi mereka disekitar Buriram dan Bangkok. Bagi jualan di empat kedai dibawah, harga jersi adalah 540 Baht sahaja.

  1. I-Mobile Stadium Megastore: 3,550 helai / 2,874 helai terjual
  2. Buriram Castle Shopping Mall: 2,630 helai / 2,157 helai  terjual
  3. Siam Square Shopping Mall: 1,520 helai / 842 helai terjual
  4. Buriram Store: 3,310 helai / 2,868 helai terjual

13315305_994810347305574_7366835543552582677_n

Jumlah keseluruhan jersi yang dihasilkan adalah berjumlah 19,000 helai dimana, bagi jualan secara online berjumlah 7,490 helai dengan harga 640 Baht sehelai. Baki 500 helai lagi akan dijual pada 8 Jun nanti dengan harga 580 Baht.

Jika dikira hasil jualan dari 4 kedai diatas sahaja, tidak termasuk jualan online, mereka telah berjaya menjual sebanyak 8,741 helai jersi ini dalam masa 2 hari sahaja dan jumlah jualan adalah sebanyak 4,720,140 Baht /  RM546,404!

Diandaikan semua 19,000 helai jersi ini terjual dalam bulan Jun 2016, dengan mengambil harga 540 Baht sebagai harga paling minimum, Buriram United bakal memperoleh hasil jualan minimum 10,260,000 Baht / RM1,187,924.