Luar Negara Berita

Ryan Giggs dedah perangai Ronaldo yang terlalu obses dengan Lionel Messi

Ryan Giggs menjelaskan bagaimana bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo sangat obses dengan bintang Argentina, Lionel Messi.

Pemain bintang Juventus, Ronaldo, 34, baru-baru ini melemparkan satu komen pedas terhadap Lionel Messi dengan menyatakan bahawa beliau sudah memenangi Liga Juara-Juara dengan dua kelab berbeza.

Lagenda United, Ryan Giggs menjelaskan bahawa beliau sudah dapat menjangka bahawa Ronaldo bakal mengeluarkan kad ‘saya sudah bermain di tiga negara berbeza’ untuk mencabar Lionel Messi.

“Dia obses untuk menjadi lebih baik daripada Messi – saya melakukannya di England, saya melakukannya di Sepanyol, saya akan melakukannya di Itali, saya melakukannya dengan Portugal. ”

“Jadi mungkin itu akan menjadi hujahnya apabila [dia fikir] ‘Adakah saya lebih baik daripada Messi?'” Kata lagenda Manchester United.