Kedah turun ke Shah Alam dengan misi mengutip tiga mata penuh dari PKNS dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia, malam ini.
Kekalahan mengejut di tangan Terengganu FC minggu lalu telah meranapkan misi Kedah untuk mengutip enam mata.
Bagi pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menganggap pertemuan dengan PKNP adalah aksi yang mencabar disebabkan motivasi lawan yang sedang berada di tahap tinggi.
“Kami tahu motivasi mereka (PKNS) sudah meningkat, namun dalam menghadapi cabaran itu, saya mahu semua pemain supaya memberi tumpuan 100 peratus dalam misi mendapatkan tiga mata kali ini selepas kecewa menentang Terengganu FC 8 Ogos lalu.
“Saya mahu pemain manfaatkan segala peluang yang ada dan beri fokus terhadap corak permainan seperti ditunjukkan sebelum ini.” Katanya kepada BH Sukan.