Luar Negara Berita

Peminat Korea Selatan sanggup terbang ke Sweden untuk meminta penjelasan Ronaldo

Seorang peminat dari Korea Selatan, Kwak Ji-hyuk sanggup menempuh perjalanan jauh ke Sweden hanya untuk meminta penjelasan dari Cristiano Ronaldo selepas pemain itu tidak diturunkan ketika aksi pra musim.

Penyerang kelahiran Portugal duduk di tepi padang sewaktu Juventus terikat 3-3 dengan pasukan All Stars Liga K, bulan lalu.

Disebabkan rasa tidak berpuasa hati, peminat ini telah terbang jauh ke Sweden daripada Korea untuk meminta penjelasan Ronaldo.

Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube beliau, Ji-hyuk telah meminta penjelasan bekas pemain United ketika beliau berada di kawasan lobi hotel.

“Kenapa awak tidak bermain di Korea?” tanya Ji-hyuk.

Dan apabila dia tidak menerima jawapan, dia cuba mendapatkan perhatian Ronaldo.

Dia menambah ; “Anda sangat baik kepada peminat-peminat anda di sini, tetapi mengapa anda melakukannya perkara tersebut kepada kami?”

Laporan sebelum ini menyebut bahawa polis Korea Selatan sedang menyiasat Juventus disebabkan gagal menurunkan Ronaldo pada perlawanan persahabatan tersebut.