Luar Negara Berita

Kubo tolak sertai Real Valladolid secara pinjaman

Bintang muda Real Madrid, Takefusa Kubo telah menolak tawaran pinjaman dari Real Valladolid, lapor Football Espana.

Pemain antarabangsa Jepun yang berumur 18 tahun menyertai Los Blancos daripada pasukan Liga-J, FC Tokyo pada jendela musim panas.

Ketika diturunkan pada aksi pra musim Real Madrid di Amerika Syarikat, Kubo berjaya menunjukkan kualiti beliau yang sebenar.

Sergio Gonzalez, pengendali Real Valladolid sebelum ini telah menyatakan minat untuk membawa masuk pemain berusia 18 Los Blancos secara pinjaman dan Real Madrid dikhabarkan telah bersetuju dengan perjanjian terbabit.

Walau bagaimanapun, menurut Football Espana, Kubo telah menolak untuk berpindah ke Real Valladolid dan mahu kekal di Real Madrid biarpun bakal diturunkan ke Castilla.