Terengganu FC (TFC) bakal bertemu Negeri Sembilan pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS).
TFC sebelum ini berjaya menundukkan juara Piala FA 2019, Kedah dengan jaringan 2-0 hasil daripada bisa penyerang mereka, Kipre Tchetche.
Biarpun TFC sedang memimpin Kumpulan A, pemangku ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain mengingatkan pemain agar tidak hilang fokus dan memanfaatkan aksi di tempat sendiri.
Bercakap kepada BH Sukan, Nafuzi berkata, “usah ambil mudah dan berasa selesa bertemu skuad itu. Ini kerana kita tidak tahu kekuatan sebenar mereka di atas padang kerana tidak pernah bertemu musim ini, lagipun kekuatan mereka terletak pada posisi penyerang dan sayap.” Katanya