Luar Negara Berita

Twitter adakan pertemuan dengan Kick it Out, bincang isu perkauman

Twitter akhirnya bersetuju buat kali pertama untuk duduk berbincang isu perkauman yang melanda pemain bola sepak di laman Twitter.

Laman sosial terbesar yang mempunyai ramai pengguna bakal bekerjasama dengan kumpulan anti-diskrimanasi Kick It Out.

Ia berikutan daripada kritikan berbaur perkauman yang melibatkan penyerang Chelsea, Tammy Abraham di laman Twitter selepas dia gagal menjaringkan gol buat Chelsea sehingga mereka terlepas untuk merangkul Piala Super menentang Liverpool.

Terkesan dengan tindakan tersebut, Kick It Out mendesak semua platform media sosial untuk membuat tindakan drastik kepada isu perkauman yang semakin melarat di medium masing-masing.

“Kami mempunyai berita baik, Twitter mahu duduk dan bercakap [mengenai perkauman],” kata Troy Townsend, wakil Kick It Out kepada Sky Sports News.

“Itulah permulaan dan apa yang kami minta. Semoga ada beberapa tindakan yang keluar dari perbualan itu.”