Liga Super Malaysia Berita

Safawi Rasid kembali jalani latihan bersama JDT

Selepas dua perlawanan disisihkan, Safawi Rasid akhirnya kembali menjalani latihan bersama skuad utama JDT.

Kali terakhir pemain berusia 22 tahun itu beraksi ketika perlawanan AFC Champions League menentang Suwon Bluewings.

Safawi kemudian terpalit dengan kontroversi dengan kekasihnya, Syifa Melvin.

Selepas itu, Safawi terlepas perlawanan menentang UiTM dan PDRM.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan Safawi tidak dapat beraksi kerana ditimpa masalah kecederaan dan perlukan seminggu hingga dua minggu untuk pulih, sekaligus menafikan ia bukan disebabkan isu peribadi.

Safawi bagaimanapun dilihat masih menjalani latihan bersama jurulatih kecergasan dan mungkin belum bersedia untuk beraksi pada perlawanan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.