Pahang tidak memberi muka langsung kepada pihak lawan apabila menang besar 4-1 ke atas jirannya Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Kuantan.
Malah, kesemua gol dijaringkan pada separuh masa pertama.
Ini menyaksikan pasukan Tok Gajah naik ke tangga ke-5 dengan empat mata manakala Kelantan tercorot dalam liga tanpa meraih sebarang mata.
Pahang mendahului seawal minit ke-12 menerusi jaringan Kpah Sherman, sebelum Kevin Ingreso menambah gol kedua buat pasukannya pada minit ke-38.
Sergio Aguero kemudian menjaringkan gol pada minit ke-43 manakala Stefano Brundo melengkapkan kemenangan seminit sebelum waktu tamat separuh masa pertama.
Kelantan meraih gol saguhati menerusi jaringan Miguel Cifuentes pada masa tambahan separuh masa kedua.
Selangor akan bertemu Pahang manakala Kelantan akan bertemu Pulau Pinang pada 5 Mac ini.