Saingan Liga Super hari ini menyaksikan JDT mencatatkan kemenangan ke-15 musim ini apabila menewaskan PJ City 2-0 di Kelana Jaya.
JDT mendahului menerusi Bergson pada minit ke-27, yang menjaringkan gol ke-20 musim ini.
Mohamadou Sumareh melengkapkan kemenangan JDT pada minit ke-83 hasil hantaran Akhyar Rashid, dengan keputusan kekal hingga tamat perlawanan.
JDT kini mengumpul 48 mata daripada 19 perlawanan, dengan berbaki 3 perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @pjcityfc 0-2 @OfficialJohor
Bergson da Silva membuka tirai jaringan dengan gol ke-20 peribadinya musim ini manakala Mohamadou Sumareh menjaringkan gol kedua pada minit ke-83.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/jSvlD0qHgi
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 21, 2021
Hasrat Terengganu untuk terus merapatkan jurang dengan JDT tidak menjadi kenyataan apabila dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Terengganu di laman sendiri.
Dengan separuh masa pertama hampir tamat, Rabih Ataya berjaya menyudahkan gol pendahuluan hasil gerakan Syazwan Zainon dan Kpah Sherman untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Syazwan sekali lagi cemerlang apabila menggandakan kedudukan 2-0 hasil gerakan Kpah dan Kipre Tchetche pada minit ke-50.
Terengganu merapatkan jurang hasil sepakan percuma David Da Silva pada minit ke-70 namun gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.
Terengganu kekal di tangga ke-2 dengan 37 mata selepas 19 perlawanan manakala Kedah di tangga ke-4 dengan 32 mata selepas 16 perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @FCTerengganu 1-2 @kda_fc
Kedah Darul Aman FC raih kemenangan berharga menerusi jaringan pertama Rabih Ataya dan Syazwan Zainon musim ini. Terengganu membalas melalui sepakan percuma David da Silva.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/0rYuknloAm
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 21, 2021
Ifedayo Olusegun muncul wira Selangor apabila menjaringkan dua gol ketika menewaskan Perak 3-0 di Ipoh.
Ini bermakna, Ifedayo kini menjaringkan 22 gol dalam Liga Super musim ini, dengan baki 3 perlawanan sahaja lagi.
Selangor mendahului menerusi sepakan Oliver Buff pada minit ke-42 sebelum Ifedayo menanduk masuk gol kedua Red Giants pada masa tambahan separuh masa pertama.
Ifedayo melengkapkan kemenangan Selangor apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60.
📹 HIGHLIGHTS: @peraktbgmy 0-3 @selangorfc
Oliver Buff dan Ifedayo Omosuyi (2 gol) membantu Selangor FC raih tiga mata di Ipoh untuk naik ke tangga ketiga liga.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/rknXST1PjO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 21, 2021
Selangor kini melonjak ke tangga ke-3 dengan 32 mata selepas 19 perlawanan manakala Perak kekal di tangga kedua tercorot liga dengan 13 mata selepas 19 perlawanan.