Diego Simeone telah melepaskan satu tembakan tepat ke arah Manchester City dan Real Madrid.
Pengurus kelahiran Argentina itu memuji Ajax, Barcelona, Juventus dan pasukannya sendiri sebelum melemparkan kata-kata panas kepada Manchester City dan Real Madrid.
“Apabila jurulatih tiba di sesebuah kelab, dia perlu memahami sejarah kelab, jika dia tidak faham, dia ditakdirkan akan mempunyai masa yang buruk,” jelasnya.
“Sekiranya saya tidak merasakan sejarah itu, saya tidak pergi. Dari saat saya bersetuju untuk pergi [ke Atletico Madrid], perkara yang paling bagus bagi seseorang jurulatih adalah untuk bertanya: ‘Apakah sejarah kelab ini?’ Dan untuk membentuk gaya permainan anda bersama-sama dengan sejarah kelab itu.
“Ajax mempunyai sejarah yang jelas, Barcelona memilikinya, Juventus juga dan Atletico Madrid. Tetapi Real Madrid tidak, karena itu mereka bergantung kepada bakat individu dalam mempersembahkan permainan mereka.
“Ada pasukan yang baru dilahirkan, seperti Manchester City, di mana kelab yang tidak mempunyai sejarah, tetapi dia [Guardiola] perlahan-lahan mencipta jalannya sendiri.”
Manchester City telah diambil alih oleh Sheikh Mansour sejak 2008 lagi dan telah berbelanja lebih daripada £ 1 bilion bagi meletakkan City sebagai salah satu kuasa besar dunia.
Manakala Real Madrid pula terkenal dengan memburu beberapa pemain terbaik dunia dan disebabkan itu mereka dinamakan sebagai Galatico.