Malaysia Liga Super Malaysia

Papan LED Stamford Bridge beri ucapan tahniah kepada Johor DT

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Chelsea FC sempat memberi ucapan tahniah kepada Johor DT atas kejayaan mereka memenangi kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

Beberapa jam selepas JDT meraikan pencapaian mereka melalui sambutan yang meriah di Johor Bahru, ucapan tahniah tersebut dipaparkan di papan iklan Stamford Bridge awal, semasa pasukan Chelsea turun padang untuk menentang Nottingham Forest dalam aksi Piala Carabao awal pagi tadi.

Ucapan tahniah tersebut datang daripada Carabao, yang merupakan syarikat minuman tenaga yang berasal daripadi Thailand. Mereka juga merupakan penaja utama untuk Piala Liga Inggeris musim ini.

“Congratulations to Johor Darul Ta’zim FC From Carabao” (Tahniah kepada Johor Darul Ta’zim FC daripada Carabao),” kata mesej tahniah tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, Chelsea menjaringkan lima gol untuk menewaskan Nottingham Forest 5-1 dan menempah slot di pusingan keempat Piala Carabao.