Luar Negara Berita

Video – Adakah Manchester United memerlukan Eriksen?

Manchester United dilaporkan cuba untuk mendapatkan Christian Eriksen sebelum tarikh akhir jendela perpindahan pemain, Khamis ini.

Pemain tengah Tottenham dilaporkan berminat untuk menyertai United dan berharap perbincangan kedua-dua pihak dapat diselesaikan dalam masa terdekat, menurut Daily Mail.

Pemain kebangsaan Denmark sebelum ini dilaporkan mahu mencari kelab baharu.

Dengan tanda harga bernilai £ 50 juta, ia masih meragukan buat para peminat United dan pemerhati bola sepak. Adakah pemain berusia 27 tahun ini dapat menyelesaikan masalah bahagian tengah United jika Paul Pogba berpindah?

Paul Pogba sebelum ini dengan jelas menyatakan minat untuk keluar daripada United dengan Real Madrid dan Juventus dilaporkan mahu mendapatkan khidmat beliau.

Sementara itu, pemain antarabangsa Denmark hanya mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Spurs dan telah menyatakan pendirian beliau untuk mencari cabaran baharu.

Melihat daripada keadaan sekarang, United seolah terdesak untuk mencari pengganti Paul Pogba dengan beberapa nama lain seperti Bruno Fernandes juga telah dikaitkan dengan perpindahan masuk ke United.