Piala Malaysia Berita

Piala Malaysia : Sabah cari mata pertama di Pulau Pinang

Sabah akan bertemu Pulau Pinang pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Kedua-dua pasukan yang tewas pada perlawanan pembukaan berada dalam misi untuk menebus kembali kekecewaan mereka.

Pulau Pinang tewas 3-1 di tangan pasukan kendalian Dollah Salleh ketika beraksi di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.

Semestinya pasukan Pulau Pinang mahu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri bagi menghidupkan peluang mereka bagi mencari tiga mata penuh.

Pasukan kendalian Jelius Ating sebelum ini tewas di tangan Perak pada Ahad lalu selepas di belasah 3-0 hasil jaringan Brenda Gan, Careca dan Leandro Dos Santos.

Bagi Jelius, Pulau Pinang bukanlah lawan mudah dan mereka akan memastikan bahawa kemenangan milik mereka.

Beliau juga percaya, kekalahan dengan Perak memberi motivasi lebih kepada pasukan untuk kembali bangkit dan bersaing.