Malaysia

Rasmi: Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan FAM Penggal 2017-2021

SENARAI PENUH CALON BERTANDING UNTUK PEMILIHAN FAM BAGI PENGGAL 2017-2021

pc umum calon

Berikut senarai penuh nama-nama calon yang bakal bertanding bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 pada kongres ke-53 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 25 Mac ini.

Senarai nama ini telah diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin pada sidang media selepas mesyuarat terakhir Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2014-2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Haji Afandi Hamzah dan Naib Presiden FAM, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin.

Pemilihan pada 25 Mac itu nanti adalah bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM iaitu Presiden (1 jawatan), Timbalan Presiden (2 jawatan), Naib Presiden (4 jawatan) dan Exco (8 jawatan lelaki & 2 jawatan wanita).

 

CALON PRESIDEN

BIL NAMA YANG DICALONKAN
1 DYAM BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
2 YB TAN SRI HAJI ANNUAR BIN HJ MUSA

 

CALON TIMBALAN PRESIDEN

BIL NAMA YANG DICALONKAN
1 Y.BHG. DATUK WIRA MOHD YUSOFF BIN MAHADI
2 YH DATO’ SRI HJ AFANDI BIN HAMZAH
3 YH DATO’ SRI SUBAHAN KAMAL

 

CALON NAIB PRESIDEN

BIL NAMA YANG DICALONKAN
1 YB DATO’ ZAINOL FADZI PAHARUDIN
2 YH DATO’ SIVASUNDARAM A/L SITHAMPARAM PILLAI
3 ENCIK MOHD JOEHARI MOHD AYOB
4 YBHG DATO’ AB. GHANI BIN HASSAN
5 YB DATO’ TAKIYUDDIN HJ HASSAN
6 YBHG DATUK HJ ROSMADI BIN ISMAIL
7 YBHG DATO’ DR HJ SHAMSUL ANWAR BIN SULAIMAN
8 YBHG DATUK ASTAMAN HJ ABDUL AZIZ
9 ENCIK MARZUKI SULONG

 

CALON EXCO (LELAKI)

BIL NAMA YANG DICALONKAN
1 TN HJ ABDUL AZIZ YEOP JAMALUDIN
2 SUPT MOHD DALI WAHID
3 YH DATO’ AZRIL BIN MAT DRUS
4 ENCIK SUBKHIDDIN HJ MOHD SALLEH
5 ENCIK MOHD FIRDAUS MOHAMED
6 ENCIK CHRISTOPHER RAJ AVALANTHU
7 YBHG DATO’ JEFFEREY LOW HAN CHAU
8 YBHG. DATUK MOHD HISAMUDIN YAHAYA
9 YDH DATO’ AZISMAN ALIAS
10 YB DATO’ AMINUDDIN OMAR
11 YBHG. DATO’ MUHAMMAD YADZAN MOHAMMAD
12 TN HJ ISHSAM BIN SHAHRUDIN
13 ENCIK NIK AHMAD YAAKUB
14 Y.BHG. DATO’ GARY VASUDEVAN NAIR
15 ENCIK MOHD JAMIL ZAKARIA
16 ENCIK NOKMAN MUSTAFA
17 MEJ. JEN. (B) DATUK MAZELAN BIN KASAP

 

CALON EXCO (WANITA)

BIL NAMA YANG DICALONKAN
1 CIK SHAFIZAH UMAMAH BT ABDUL MUTALIB
2 PUAN ROSELINA BINTI IDRUS
3 BRIG JEN DATO’ NORHUDA BT AHMAD
4 TUAN NAH BT NIK HIM
5 PUAN NORMALA BT YUSOFF
6 YB DATO’ SURAYA YAACOB
7 PUAN ISFARINA BINTI MOHD BALI