Berita

Copa90 Senaraikan Boys Of Straits Ranking Ke 3 Top Asia Ultras

Baru-baru ini, channel youtube bola sepak terkenal – Copa90, telah membuat senarai “Top 5 Asian Ultras” dan Boys Of Straits (B.O.S) berada di ranking ke 3, mengatasi Urawa Reds dan Suwon Samsung Bluewings.

Ditempat kedua merupakan ultras “Bangal Brigate” yang mewakili pasukan dari India – East Bengal. Ultras paling hebat di Asia yang dipilih oleh Copa90 adalah dari Indonesia – “Brigata Curva SUD 1976” yang mewakili PSS Sleman berpangkalan di Sleman, Yogyakarta.

Jika anda mempunyai cadangan ultras lain yang mampu ‘memintas’ 5 ultras diatas, sila tinggalkan komen kepada kami.